Assalammualaikum kepada pencinta ayam kampung.
Alhamdulillah masa berlalu begitu pantas, tak perasan dan bulan Apri.
Apa yang aku nak ceritakan minggu ini ialah tentang ayam-ayam jantan ku telah memainkan peranan. Begitu galak langkahnya. Hinggakan aku terpaksa menyediakan banyak tempat ayam-ayam bertelur.
Moga telur-telur ini memberi baka-baka ayam kg yang baik.
Syabas ayam jantan ku......
AYAM KAMPUNG - PUSAT SEMAIAN AHLI PELADANG KAW PT PENYENGAT, MUAR, JOHOR. (JR0017330-M)
Sunday, 12 April 2015
Thursday, 26 February 2015
PANDUAN MENTERNAK AYAM KAMPUNG
TEKNIK MENTERNAK DAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
SISTEM PERUMAHAN
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Sunday, 22 February 2015
PROJEK BUAT REBAN AYAM
Setelah baka-baka ayam kampung diperolehi maka tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu menyediakan reban ayam. Letih juga sebab tak ada pengalaman bertukang cuma tengok org aje tapi tak pa.... usaha perlu diteruskan jika ingin berjaya.
TEST KELAZATAN BAKA AYAM KAMPUNG JERANTUT
Sedapnya......Alhamdulillah. Kalau nak tahu keenakan dan kelazatan ayam kampung ni kita kena sembelih untuk pastikan baka tersebut adalah dari baka yang terbaik. 5 bintang untuk baka ini.
MENGAMBIL BAKA DI JERANTUT, PAHANG
Seperti yang dijanjikan saya pun pergi mengambil ayam kampung di Jerantut, Pahang. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Amin.
REZEKI BERTANDANG
Alhamdulillah syukur sangat-sangat kebetulan ada seorang sahabat iaitu En Zul dari Jerantut tawarkan ayam kampung ibunya. Sebagai permulaan 20 ekor sudah cukup untuk membakar semangat menternak ayam kampung ni.
MENCARI IDEA
Terfikir sejenak apa lagi yg boleh di buat projek di bawah pokok buluh madu dan kelapa matag ni.... Alhamdulillah, Allah beri idea untuk memulakan projek ternakan ayam kampung. Dari sinilah bermulanya projek tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)